Sunday 27 February 2011

kerja kursus ctu 151

TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatan Agama Surau Kampung Sungai Daun Tengah, Yan, Kedah Darul Aman.


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151


DISEDIAKAN OLEH:
Nur Fatin Nabihah Binti Said
No Matrik : 2010672986
Kumpulan: ASD2Dn



PROGRAM:
Diploma Sains
(AS120)



TARIKH HANTAR:
27 Februari 2011

ISI KANDUNGAN

TAJUK:
Pendidikan Dan Kegiatan Agama Surau Kampung Sungai Daun Tengah,Yan, Kedah Darul Aman.


KANDUNGAN    M/S     
Abstrak      3 & 4     
Pendahuluan    5 & 6     
Konsep    7 & 8     
Huraian
Pengertian Pendidikan dan Kegiatan Agama Islam
Sejarah Penubuhan Surau Kampung Sungai Daun Tengah
Aktiviti-Aktiviti Pendidikan dan Kegiatan Agama Islam yang dijalankan.
Kebaikan-kebaikan Aktiviti Pendidikan dan Kegiatan Agama Islam yang dijalankan
    9 - 14     
Penutup    15 & 16     
Bibliografi    17    


ABSTRAK

TAJUK:
PENDIDIKAN DAN KEGIATAN AGAMA SURAU KAMPUNG SUNGAI DAUN TENGAH, YAN, KEDAH DARUL AMAN

        Pendidikan dan kegiatan agama Islam di kariah bermaksud aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kariah yang berunsur keilmuan. Pendidikan ditakrifkan sebagai satu proses berterusan untuk melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah S.W.T untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Pendidikan juga adalah amat penting sebagai cara atau langkah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
        Kegiatan agama pula dapat didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan di kariah masing-masing. Pendidikan dan kegiatan agama di kariah saya boleh dikatakan kesemuanya dijalankan di surau ini. Ini sesuai dan bertepatan untuk menjadikan surau sebagai pusat penyebaran ilmu. Surau adalah tempat yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti kerana selain untuk tujuan beribadah, ia juga boleh diisi dengan perkara yang berfaedah seperti menjalankan aktiviti pendidikan dan kegiatan agama di sini. Antara aktiviti pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan di kariah saya ialah Kelas Pengajian Al-Quran, Tajwid, Jawi dan sebagainya. Selain itu, kuliah-kuliah beserta ceramah juga dijalankan setiap hari mengikut jadual yang disediakan.
        Di sini, dapat dilihat pendidikan dan kegiatan agama di kariah haruslah terus dijalankan dah dipadatkan lagi dengan menambah pelbagai lagi aktiviti. Hal ini supaya setiap individu dapat menyertai segala aktiviti pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada semua orang di kariah tersebut malah dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan yang paling penting seimbang dunia dan akhirat. Pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan di kariah saya merupakan salah satu langkah ke arah kebaikan.
        Kesimpulannya, setelah kajian yang saya lakukan, dapatlah saya membuat rumusan bahawa adalah sangat penting bagi setiap kariah merangka dan mengadakan aktiviti pendidikan dan kegiatan agama di kariah masing-masing. Hal ini kerana setiap kariah perlulah menyumbang dan berusaha untuk membawa setiap ahli kariah ke arah kebaikan bukan untuk diri sendiri sahaja malah juga dapat memberi kebaikan kepada setiap ahli di kariah masing-masing.                                                                                                    










PENDAHULUAN

        Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kehadrat Illahi atas limpah dan kurnia-Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus CTU151 ini dengan jayanya. Saya memilih tajuk ‘Pendidikan dan Kegiatan Agama di Kariah Anda’ sebagai tajuk tugasan kerja kursus saya kerana saya menganggap tajuk ini begitu menarik. Ini kerana dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini, saya akan memperolehi pelbagai faedah. Saya juga akan lebih mengetahui pelbagai aktiviti yang dijalankan di kariah saya iaitu Surau Kampung Sungai Daun Tengah, Yan, Kedah Darul Aman dengan terperinci.
        Tujuan utama saya memilih tajuk ini adalah tajuk ini bukan sahaja boleh menambahkan pengetahuan tetapi tajuk ini juga membuatkan saya mengetahui betapa pentingnya pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan di kariah saya. Seperti yang telah sedia maklum, pendidikan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Jadi, ini adalah merupakan perkara yang berfaedah apabila pelbagai aktiviti dilakukan berkaitan dengan pendidikan di kariah saya. Pendidikan bukan sahaja di dalam skop keduniaan tetapi pendidikan di sini bermaksud pendidikan secara formal dan pendidikan tidak formal iaitu melalui kegiatan agama. Dengan adanya pendidikan dan kegiatan agama di kariah ini, ianya dapat memberi manfaat untuk seluruh kariah. Ia bukan sahaja untuk golongan individu bergelar pelajar, tetapi pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan adalah untuk semua lapisan umur.
        Di kariah saya, pendidikan dan kegiatan agama, kedua-duanya dijalankan di dalam surau. Seperti yang sedia maklum, surau merupakan tempat terbaik sebagai medium untuk menjalankan kegiatan pendidikan dan kegiatan agama. Antara contoh pendidikan di kariah saya ialah dengan menjalankan kelas taska bagi kanak - kanak. Antara contoh kegiatan agama di kariah saya ialah dengan mengadakan kuliah pada setiap hari, pengajian Al-Quran dan jawi, tazkirah setiap minggu dan solat sunat berjemaah. Di sini, dapat dilihat bahawa dengan adanya pendidikan dan kegiatan agama di kariah saya, maka jelaslah bahawa ia adalah amat penting dan perlu diteruskan lagi. Harapan saya, aktiviti-aktiviti pendidikan dan kegiatan agama di kariah saya perlu diteruskan dan ditambah sepadat mungkin untuk kebaikan bersama.
        Kesimpulannya, setiap kariah walau di mana pun kita berada haruslah mempunyai aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan dan kegiatan agama. Ini bukan sahaja memberi kebaikan untuk kita, malah ia bertepatan dengan suruhan Allah yang menuntut kita untuk menimba ilmu dan perlu dunia dan akhirat.











KONSEP

        Pendidikan dan kegiatan agama adalah di antara aktiviti yang dilakukan dalam usaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan di kariah-kariah. Pendidikan dan kegiatan agama adalah amat penting untuk setiap individu dalam kariah bagi mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan. Seperti yang kita sedia maklum, ilmu adalah perkara yang wajib kita tuntut.
        Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menyuruh bagainda membaca dalam keadaan beliau yang buta huruf. Di samping itu, wahyu ini juga mengandungi suruhan belajar mengenali Allah S.W.T, memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah, ilmu, dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada falsafah pendidikan Islam.
        Dr. Yusuf al-Qardawi, ahli sarjana Islam pula mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
        Pendidikan dalam bahasa Arab pula mempunyai tiga istilah iaitu ‘tarbiyah’, ‘ta’lim’ dan ‘ta’dib’. Walaupun ketiga-tiga istilah merujuk kepada pendidikan, ‘tarbiyah’ adalah yang tepat dan sering digunakan. Ini adalah kerana perkataan ‘tarbiyah’ menurut sarjana Pendidikan Islam berasal dari “rabb” yang merujuk kepada Allah s.w.t sebagai pendidik umat manusia.


Tarbiyah    
Firman Allah s.w.t. bermaksud :
“...dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata), Wahai Tuhanku, cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku sesama kecil.”

Ta’lim    

Firman Allah s.w.t. bermaksud :

Ta’dib
    
“Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.”

Hadith Rasulullah s.a.w.
“Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”
        Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.










HURAIAN

PENGERTIAN PENDIDIKAN DAN KEGIATAN AGAMA ISLAM
        Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menyuruh bagainda membaca dalam keadaan beliau yang buta huruf. Di samping itu, wahyu ini juga mengandungi suruhan belajar mengenali Allah S.W.T, memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah, ilmu, dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada falsafah pendidikan Islam.
        Pendidikan dalam bahasa Arab pula mempunyai tiga istilah iaitu ‘tarbiyah’, ‘ta’lim’ dan ‘ta’dib’. Walaupun ketiga-tiga istilah merujuk kepada pendidikan, ‘tarbiyah’ adalah yang tepat dan sering digunakan.Ini adalah kerana perkataan ‘tarbiyah’ menurut sarjana Pendidikan Islam berasal dari “rabb” yang merujuk kepada Allah s.w.t sebagai pendidik umat manusia.
Hadith Rasulullah s.a.w.
“Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”
Kegiatan agama pula boleh ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan.Aktiviti-aktiviti keagamaan termasuklah Solat Sunat berjemaah,ceramah keagamaan dan lain-lain lagi.





SEJARAH PENUBUHAN SURAU KAMPUNG SUNGAI DAUN TENGAH, YAN, KEDAH DARUL AMAN

        Pada asalnya, tempat ini merupakan balai Islam yang digunakan oleh penduduk kariah Sungai Daun Tengah untuk menjalankan aktiviti – aktiviti seperti memasak bubur Asyura, mengadakan mesyuarat dan sebagainya. Namun, pada tahun 1990, balai Islam ini telah ditukar menjadi surau untuk para penduduk di sini menjalankan aktiviti beribadah seperti ceramah – ceramah agama, solat berjemaah dan pelbagai lagi. Berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa bagi Surau Kampung Sungai Daun Tengah, Yan, Kedah Darul Aman:

PENGERUSI:
Hj Yaacob Bin Abdullah

NAIB PENGERUSI:
Mokhtar Bin Abd Samad

SETIAUSAHA:
Mawardi Bin Hj Abdul Khalid

PENOLONG SETIAUSAHA:
Hj Dan Bin Hamid

BENDAHARI:
Mad Desa Bin Hamid

AHLI JAWATANKUASA:
 Abdullah Bin Abdul Razak             Siti Aisyah Binti Samad
    Ramli Bin Mat Amin                   Hjh Sopiah Binti Mad Saad
Mohd Zaidi Bin Yaacob                Hjh Siti Hawa Binti Said
Zakaria Bin Hj Mustafa                Rakhiah Binti Hj Senapi



Pandangan sisi: Ruang untuk taska dan juga pintu masuk untuk muslimat ( cat berwarna jingga).




Pandangan hadapan: Ruang solat untuk muslimin.





Pandangan sisi: Arah kiblat ( ruang untuk imam ).





Pintu masuk utama ( muslimin ).




AKTIVITI PENDIDIKAN DAN KEGIATAN AGAMA YANG DIJALANKAN

Antara aktiviti pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan ialah:-

Kelas Taska

 -Kelas Taska yang dijalankan di sini adalah bertujuan untuk mendidik anak – anak kariah ini yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun untuk mengenal asas – asas pendidikan seperti huruf abjad, nombor – nombor dan sebagainya sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.



Kelas Pengajian Al-Quran

-Kelas Pengajian Al-Quran yang dijalankan adalah terbuka kepada semua peringkat umur.Pengajian Al-Quran di sini diajar oleh Ustaz untuk kaum muslimin dan Ustazah untuk kaum muslimat.Al-Quran yang diajar merangkumi cara bacaan dan lain-lain lagi.



Kelas  Pengajian Tajwid

-Kelas Pengajian Tajwid yang dijalankan juga turut terbuka kepada semua peringkat umur.
  
Kuliah – kuliah Agama
-Kuliah agama ini diadakan setiap minggu diantara waktu selepas maghrib dan      sehingga Isya’. Kuliah – kuliah ini telah disampaikan oleh ustaz – ustaz yang dijemput khas dari beberapa tempat sekitar daerah ini. Ianya meliputi ilmu Feqah, Tauhid, Sirah dan sebagainya.













KEBAIKAN-KEBAIKAN AKTIVITI PENDIDIKAN DAN KEGIATAN AGAMA DI KARIAH 

        Dengan menyertai aktiviti pendidikan dan kegiatan agama di kariah,ia memberi banyak kebaikan.Ini kerana,dapat dilihat melalui maksud pendidikan itu sendiri yang didefinisikan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi,ahli sarjana Islam iaitu pendidikan bermaksud keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan,kejahatan, kemanisan dan kepahitan.Apabila seseorang itu berpendidikan atau dengan lebih tepat lagi mempunyai ilmu pengetahuan,ia sedikit sebanyak dapat membantu setiap individu menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba.Selain itu,apabila kita berpendidikan,tidak kiralah berapa umur kita,samada 10 tahun,20 tahun,30 tahun mahupun 60 tahun,kita akan lebih dihormati.Ini kerana pendidikan atau ilmu pengetahuan membuatkan kita lebih bijak berfikir tentang kehidupan.
        Kebaikan mengikuti kegiatan agama pula ialah bukan sahaja tuntutan keduniaan tetapi juga tuntutan akhirat.Kegiatan agama yang dijalankan di masjid mempunyai banyak faedah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa yang masuk ke dalam masjid-ku ini guna mengajar kebaikan atau belajar (mencari ilmu), maka ia bagaikan orang yang berjuang menegakkan agama Allah” (H.R. Ibnu Majah).Maka jelaslah bahawa aktiviti pendidikan dan kegiatan agama mempunyai banyak faedah.
  








PENUTUP

        Pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan di kariah saya telah membuktikan bahawa perkara ini merupakan satu tuntutan yang wajib kita lakukan untuk kebaikan bersama.Pengertian pendidikan yang diberikan oleh para sarjana Islam dan daripada bahasa Arab sendiri telah menjelaskan bahawa bukan sahaja pendidikan malahan kegiatan agama juga turut menjadi kepentingan utama untuk dipelajari.Setiap kariah mempunyai organisasi tersendiri dalam merangka aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pendidikan dan kegiatan agama.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan kebanyakkan diadakan di masjid,sesuai dengan peranan masjid pada zaman Rasulullah sebagai pusat keilmuan.Segala pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan di masjid merupakan suatu perkara yang membawa kebaikan.Ini kerana masjid bukan sekadar dilihat sebagai tempat untuk mendirikan solat tetapi juga memberi kemudahan untuk umat Islam mendapatkan manfaat dan berdakwah di jalan yang direhai Allah.
        Selain itu,dapat disimpulkan juga bahawa pendidikan dan kegiatan agama yang dijalankan di masjid sedikit sebanyak menghidupkan masjid itu sendiri.Usaha untuk menyemarakkan rasa cintakan masjid dalam kalangan masyarakat Islam diperlukan dan salah satu caranya adalah dengan mengadakan aktiviti pendidikan dan kegiatan agama di masjid.Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan baginya yang semacamnya di dalam syurga". Imam Harith al Muhasibiy pula meriwayatkan daripada sahabat katanya: ‘Akan tiba satu ketika, masjid- masjid besar tersergam indah, tetapi tidak mampu lagi melahirkan hidayah'.
        Oleh itu, peningkatan ilmu, iman dan amal amatlah diperlukan untuk setiap mukmin bagi memartabatkan institusi surau dalam mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan umat Islam di mata dunia dengan cara menyertai setiap aktiviti pendidikan dan kegiatan agama yang diadakan di setiap kariah masing-masing.
        Secara tuntasnya, surau bukan sahaja dilihat sebagai tempat beribadat dan membaca Al-Quran tetapi sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan, kemasyarakatan, kebajikan serta untuk kepentingan dan pertemuan bagi orang Islam.Oleh itu,kesimpulannya aktiviti pendidikan dan kegiatan agama yang diadakan di kariah perlu diteruskan dan diperbanyakkan lagi untuk kebaikan bersama.









BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan
- Noresah Baharom- (1994)
- Kuala Lumpur- Dewan Bahasa dan  Pustaka

Al-Quran Tajwid Rasm Uthmani Bahasa Malaysia
(diterjemah oleh Panel Penterjemah,disemak dan disahkan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz-Pegawai Istana Negara)
- 2008,Dar El-Fajr
- No.32,Jalan Chow Kit,50350 Kuala Lumpur,Malaysia.

Hj Yaacob Bin Abdullah
- Pengerusi Surau Kampung Sungai Daun Tengah, Yan, Kedah Darul Aman
    Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kerja Kursus CTU 151 ini.